No title

SHAH ALAM - Sekiranya Umno bukan lagi parti Melayu, Umno akan jadi seperti tiruan PKR dan akan hilang roh semangat perjuangan Melayu.
Tanpa roh ini, kata Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil, Umno bukan akan lingkup dalam 10 ke 15 tahun seperti yang diramal oleh Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar malah lebih singkat lagi.
Katanya, mungkin dalam dua ke tiga tahun sahaja dan ianya akan terus lenyap diarus zaman.
“Inilah yang pemimpin Pakatan Harapan mahukan. Kita tidak boleh terperangkap dengan helah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Khairy yang mengatakan bahawa Umno hari ini berada di persimpangan jalan  untuk memilih haluan kanan atau tengah sahaja.
[ ARTIKEL BERKAITAN: "Dah kena pukulan maut PRU14, masih pekak suara rakyat” ]
Mengulas lanjut perihal itu, Isham berkata, Umno bukanlah ke kanan, kiri atau tengah.
“Sejak ditubuhkan sehingga sekian lama, Umno hanya mempunyai satu haluan sahaja, iaitu memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam,” katanya.
Jelasnya, Umno adalah parti Melayu dan ada sebab mengapa ianya perlu kekal sebagai parti Melayu.
“Orang-orang Melayu bukanlah suatu bangsa yang supremacist atau racist. Namun bangsa Melayu adalah bangsa yang terdedah kepada prejudis dan bias orang lain terhadap mereka, yang mudah menyebabkan mereka disisih dan dipinggir dan menjadi mangsa kepada supremacist atau racist,” katanya.
Jelas Isham, perubahan besar yang perlu dibuat dalam Umno hari ini ialah membersihkan parti daripada politik wang dan bukannya membuang asas utama perjuangan parti iaitu untuk membela nasib orang-orang Melayu dan Islam.
“Jika Umno bukan lagi parti Melayu, siapa yang akan memperjuangkan nasib orang-orang Melayu? Jika suatu masyarakat majoriti dipinggir dan mundur, negara tidak akan stabil dan maju,” katanya lagi.


Post a Comment

3 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !