No title


Matlamat penubuhan Kesatuan Ekonomi Islam Semalaysia adalah untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah .

Dalam sesuatu sistem ekonomi Islam, perkataan ekonomi itu sendiri merupakan kajian tentang aktiviti tingkah laku manusia yang menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah. • Kesemua sumber-sumber alam ciptaan Allah digunakan dengan adil dan cekap sejajar dengan hukum-hukum syarak. Kesemua sumber- sumber alam ini digunakan untuk kebaikan diri dan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah. • Setiap sistem ekonomi itu mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Perlu diketahui bahawa matlamat utama sistem ekonomi islam ialah untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat • Agama Islam telah menganggap kegiatan ekonomi ini sebagai ibadah yang perlu ada bagi kegunaan manusia.




Dalam konteks ini, kegiatan ekonomi dalam sistem ekonomi Islam merupakan ibadah yang merangkumi tanggungjawab manusia dengan Allah sebagai pencipta dan juga hubungan manusia sesama manusia. • Kesimpulannya, dapatlah dikatakan yang seluruh insan bertanggungjawab terhadap amanah yang telah ditetapkan oleh Allah. • Ekonomi Islam berlandaskan beberapa sumber utamanya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas sebagai ciri utamanya. Hal ini memberi makna dan panduan kepada manusia semasa menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi.


Firman Allah S.W.T.yang bermaksud;
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih  yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaberkuasa, Maha Mengetahui.” (Surah - Al Baqarah, 2: 261)
Ertinya, 700 kali ganda ganjaran dari Allah Swt. bagi sesiapa  yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Seumpama tanaman atau tumbuhan, berupa sebuah pohon yang memiliki tujuh cabang dan setiap cabang memiliki tujuh ranting. Kalau rantingnya seratus, berapa banyak daun-daunnya, berapa banyak buahnya, berapa banyak bunganya, kemudian berapa banyak benih baru yang dilahirkannya, berapa banyak perkembangannya? Tidak terkira bagi kita untuk menghitungnya. Tentu ada catatan bahwa yang ditanam adalah benih (harta terbaik, terhalal), di tanam di tempat yang paling subur (diberikan kepada yang paling berhak: kaum kerabat yang fakir miskin, yang bekerja untuk kita, kepada tetangga, guru kita, dan lainnya), disiram dengan air (doa, istighfar, dan amal soleh), dan dijaga dari haiwan dan serangga (ujub, riya, sum’ah, takabur, tidak ikhlas, dan lainnya).
Allah Swt. melipatgandakan dari satu menjadi tujuh kemudian menjadi seratus. Seratus ini bukan angka mati kerana masih mungkin akan  terus  berkembang ke peringkat seterusnya  . Sedekah kita serta perbelanjaan dijalan Alah akan  menjadi tabungan amal produktif yang akan Allah Swt. dilipatgandakan sesuai dengan kehendak-Nya.



Firman Allah S.W.T.yang bermaksud;
”Katakanlah, ’Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.’ Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah - Saba, 34: 39)
 Ayat yang mulia ini merupakan sebuah peringatan bahawa tidak akan ada yang hilang dari rezeki yang kita nafkahkan di jalan Allah Swt. Dengan membelanjakan  harta dijalan Allah litulah harta kita akan menjadi kekal.
”… ada yang memandang apa yang diinfakkannya (di jalan Allah) sebagai suatu kerugian; dia menanti nanti kerugian menimpanya, merekalah yang akan ditimpa kerugian . Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (Surah - At Taubah, 9: 98)
Sesungguhnya,berbelanja di jalan Allah , infak dan sedekah akan menghindarkan kita dari kerugian, bencana, kesusahan, dan ancaman bahaya didalam masyarakat. Kerana perbelanjaan dijalan Allah serta sedekah akan mampu mengubah takdir buruk seseorang yang dilanda musibah atau masalah menjadi takdir yang lebih  baik  kerana mereka yang dilanda kesusahan serta musibah akan dibantu oleh mereka yang lebih berkemampuan serta mempunyai kelapangan dikalangan masyarakat .



Firman Allah S.W.T.yang bermaksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
  
SISTEM EKONOMI ISLAM • Berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah • Menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah dengan cekap dan adil. • Semua sumber adalah hak milik Allah dan manusia sebagai khalifah untuk menjaga, mengawal dan menguruskan sahaja. • Tidak melakukan pembaziran • Menguruskan sumber  dengan amanah dan bertanggungjawab. • Tidak merosakkan dan memudaratkan. • Diagihkan secara adil dan saksama.


 PENDAPATAN  SERTA KEKAYAAN  BEBERAPA INDIVIDU DI MALYSIA ATAU DINEGARA LAIN  BERKALI GANDA DARI GABUNGAN PENDAPATAN  BERPULUH JUTA RAKYAT MALAYSIA , TELAH MENYEBABKAN  KEPINCANGAN DALAM SOSIO EKONOMI NEGARA KERANA KEKAYAAN NEGARA HANYA DIMONOPOLI SERTA DIMILIKI BEBERAPA INDIVIDU SAHAJA.

SEBAHAGIAN  ATAU  LEBIH KURANG 8 JUTA ORANG  PEKERJA  DI MALAYSIA  BERPENDAPATAN  KURANG RM  2000 SEBULAN 




Sistem ekonomi Islam adalah satu disiplin sains yang mengkaji permasalahan dan kegiatan berdasarkan sistem nilai atau peraturan Islam dalam menguruskan sumber- sumber alam secara kebendaan dan kerohanian untuk kebaikan semua masyarakat demi mendapat keredhaan • Sistem ini menentang amalan riba dan faedah kerana ia mempunyai unsur-unsur penindasan. • Sumber rujukan yang utama dalam sistem ekonomi Islam adalah Al-quran dan Al- sunnah.

CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM . Pemilikan Sumber Setiap individu adalah pemegang amanah dan mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekenomi dan kekayaan keatas sumber ciptaan Allah. Motif Ekonomi Matlamat sistem ekonomi Islam adalah tidak mementingkan keuntungan semata-mata kerana yang lebih penting adalah kebajikan masyarakat. Matlamat ekonomi ini yang sebenar ialah untuk mencapai Al-Falah iaitu mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Persaingan Yang Sihat Dibenarkan Melalui sistem ekonomi Islam, persaingan secara adil dan saksama digalakkan kerana dalam sistem ini kegiatan seperti penindasan, makan riba, sorokan dan sebagainya adalah diharamkan.
Kebebasan Membuat Keputusan Ekonomi Individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi seperti menentukan jenis barang, cara barang yang hendak dikeluarkan dan sebagainya asalkan tidak melanggar hukum syarak.  Sistem Yang Bukan Ciptaan Manusia Sistem ini berasaskan syariat Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis di mana hukum yang ditentukan oleh syarak tidak boleh diubah dalam apa bentuk sekalipun kerana Islam lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada keuntungan.  Tujuan Kegiatan Ekonomi Segala kegiatan ekonomi yang dilaksanakan mengikut ajaran Islam akan diberi ganjaran di hari akhirat. Hal ini kerana tujuan kegiatan ekonomi Islam adalah untuk memenuhi tuntutan ibadah serta bagi menjamin kesejahteraan di dunia malah di akhirat kelak. .

Pemilikan Harta Setiap individu merupakan pemegang amanah Allah. Mereka berhak memiliki harta yang hanya perlu dikendalikan dengan baik. Pengagihan harta secara adil dan saksama adalah wajib bagi golongan yang berada bagi mengurangkan jurang perbezaan antara golongan yang berada dan golongan yang kurang berada sebagai membersihkan harta mereka. Semua masyarakat dibenarkan menikmati sumber-sumber penting kerana setiap individu dilarang melakukan perkara yang memudaratkan masyarakat seperti pencemaran.  Kebebasan Persaingan Islam membenarkan umatnya bebas melakukan aktiviti ekonomi. Oleh itu persaingan antara mereka adalah dibenarkan secara ail dan saksama. Riba adalah diharamkan dalam urusan ekonomi ini.




UNSUR-UNSUR YANG TIDAK ADA DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM TETAPI ADA DALAM SISTEM KONVENSIONAL • UNSUR TANAJUSY • UNSUR GHARAR • UNSUR TADLIS AL ‘AIB • UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY • UNSUR GHALAT

UNSUR TANAJUSY • Al-Tanajusy merujuk kepada suatu persepakatan sulit antara penjual dengan seorang pembeli pasaran supaya menunjukkan keinginan membeli dengan harga lebih tinggi sedangkan sebenarnya pembeli tidak mahu membeli barangan berkenaan. • Persepakatan ini bertujuan supaya orang lain terpedaya dan merebut-rebut ingin membeli yang dengan sendirinya menaikkan permintaan dan penjual menikmati harga tawaran tertinggi ini menguntungkan penjual. • Ini kadang-kadang berlaku di bursa-bursa saham dan disebut sebagai ‘market manipulation by syndicates’. Dalam membentuk sesuatu system kewangan Islam, adalah wajar untuk mengadakan mekanisme bagi mengawal wujudnya keadaan tersebut. Ia dianggap unsur negatif dalam pasaran menurut fiqh Islam.

UNSUR GHARAR • Gharar merujuk kepada ketidakpastian. Dalam jual beli ia merujuk kepada barangan yang tidak pasti wujud, harga yang tidak pasti, penipuan harga dan penipuan sifat jualan. Fiqh Islam menolak jual beli yang mempunyai sifat gharar. • Gharar jika yasir, yakni tidak melampau dianggap fenomena biasa dalam pasaran. Ini kerana untuk membasmi dan menjamin pasaran tidak ada sama sekali unsur gharar adalah suatu yang terlalu rumit. Oleh itu, fiqh Islam mengganggap al-gharar al-yasir tidak menjadi suatu kecacatan pasaran.

UNSUR TADLIS AL ‘AIB • Tadlis al-‘aib bermaksud menyembunyikan kekurangan-kekurangan (kecacatan) yang diketahui ada pada sesuatu yang dijual dari pengetahuan satu pihak lagi dalam kontrak. • Kontrak mestilah bersih dari unsur ini supaya pembeli benar-benar membeli berasaskan pertimbangan sendiri.

UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY • Alghabnu bermaksud kurang. Dalam kontrak al- mu’awadhah al-maliah (pertukaran pemilikan harta) al- ghabnu boleh berlaku sama ada dari pihak penawar atau pihak penerima kontrak. • Dalam konteks harga terlalu tinggi, penjual memperoleh keuntungan melampau, manakala pembeli mengalami kerugian teruk manakala pembeli mengalami keuntungan tinggi. • Sekiranya al-ghabnu al-fahisy berlaku kerana suasana pasaran sesuai dengan permintaan dan penawaran yang biasa tidak menjadi satu kesalahan menurut fiqh Islam. Seperti gharar, jika al-ghabnu al-yasir (tidak melampau) ia diiktiraf suatu yang normal dan fiqh Islam mengganggapnya bukan suatu kecacatan pasaran.

UNSUR GHALAT • Ghalat bermaksud kesilapan, namun bukan semua ghalat dianggap mencacatkan pasaran. Ghalat yang danggap tidak negative ialah ghalat fi nafsi al-‘aqid yang bermaksud kesilapan kerana pertimbangan salah diri pihak yang berkontrak. • Ghalat yang mesti dipastikan tidak wujud ialah ghalat wadhihah (kesilapan amat nyata). Pihak-pihak yang berkontrak harus menentukan jenis perkara yang dilakukan kontrak keatasnya. • Seboleh-bolehnya perkara yang dikontrakkan itu wujud bersama semasa pihak-pihak itu berkontrak: sifat-sifatnya dilihat, diketahui dan ditentukan. Pada keadaan perkara yang dikontrakkan itu tidak wujud semasa pihak-pihak itu berkontrak, pihak-pihak yang terlibat mesti menentukan dengan jelas sifat-sifat perkara yang akan wujud itu. •
Para ekonomi bukan muslim mengakui sistem ekonomi islam.Menurut mereka, Islam telah berjaya menggabungkan etika dan ekonomi sementara sistem kapitalis dan sosialis memisahkan keduanya. • Antara keduanya terdapat ikatan sangat erat yang tidak terpisahkan. Dari sini boleh dikatakan bahawa orang islam tidak akan menerima ekonomi kapitalis. • Dan ekonomi yang kekuatannya berdasarkan wahyu dari labgit itu tanpa diragukan lagi adalah ekonomi yang berdasarkan etika.Sistem ekonomi kapitalis dan sosialis pada masa ini mengalami kepincangan di dalam memastikan keadilan yang saksama dalam hal ekonomi. •
Krisis ekonomi yang melanda ekonomi dunia terkesan dari kepincangan ekonomi kapitalis dan keruntuhan ekonomi sosialis digambarkan dengan kejatuhan Rusia sebagai kuasa besar. • Rentetan dari kepincangan ekonomi ini membuatkan ramai pakar ekonomi mula mempersoalkan keutuhan sistem-sistem ekonomi ini. • Malah ramai yang mula untuk melihat kepada perbankan Islam dan pasaran modal Islam walaupun tidak melihat keseluruhan sistem ekonomi Islam sebagai pengganti sistem sedia ada dan menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi.


Perbezaan utama di antara sistem-sistem dengan sistem ekonomi Islam adalah konsep tauhid dimana ianya akan membezakan justeru aspek-aspek dan komponen-komponen dalam di dalam sistem ekonomi tersebut. • Sistem ekonomi bukan Islam di bangunkan dengan riba yang mana dilarang secara keras di dalam ekonomi Islam. •Sistem kapitalis memberi kebebasan sepenuhnya di dalam pemilikan dan aktiviti ekonomi dan di suatu ektrem yang lain sistem sosialis tidak memberikan kebebasan di dalam pemilikan aktiviti ekonomi. • Sistem ekonomi Islam mengambilkira pendekatan yang sederhana dengan member kebebasan dan juga mengutamakan masyarakat, justeru mengurangkan jurang perbezaan di antara yang berada dan yang tidak berada dengan peranan individu dan kerajaan melalui aliran zakat sebagai contohnya. •
Objektif utama sistem ekonomi Islam ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt dengan memaksimakan falah dengan mendapatkan keuntungan yang berpatutan sementara itu sistem kapitalis hanya memaksimakan keuntungan di mana sistem sosialis memaksimakan pengeluaran. •.Hanya dengan sistem ekonomi berasaskan Islam sahaja dapat memberikan keadilan serta kemakmuran disemua peringkat masyarakat tanpa menindas atau meminggirkan mana - mana peringkat masyarakat. Diharap dengan penerangan serba ringkas ini dapat menjelaskan tujuan dan matlamat kami membangunkan sistem pengurusan ini untuk seluruh masyarakat .Semoga anda semua dapat memahami penerangan ini .Terima kasih .

Dibawah ini diterangkan serba sedikit sistem ekonomi yang lain untuk dibuat perbandingan sebagai rujukan.



Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional
SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL • Sistem ekonomi konvensional boleh dikatakan sebagai suatu sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara meluas di dalam sesebuah masyarakat. • Suatu sistem yang ditentukan oleh manusia di dalam sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh berubah mengikut ketentuan masyarakat. • Sistem ekonomi konvesional ini terdiri daripada sistem kapitalis, sosialis, komunis dan ekonomi campuran.

SISTEM EKONOMI KAPITALIS • Sistem ekonomi kapitalis merupakan sistem perusahaan bebas iaitu satu sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan dan berasaskan keuntungan. • Bebas mencari keuntungan • Menimbulkan masalah sosial dan ekonomi kerana terlibat dengan aktiviti monopoli sehingga terjadi persaingan bebas. • Tidak mementingkan kebajikan masyarakat malah hanya menjaga kepentingan individu. • Hal ini menunjukkan bahawa sistem ini adalah bersifat individu serta individu juga bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asalkan kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan oleh masyarakat maka hak-hak ini boleh di atasi melalui tindakan masyarakat itu sendiri. • Terlibat dengan melihat kepada kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, menetapkan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. • Sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan golongan miskin.
  
Jurang pendapatan dan kekayaan  yang sangat besar.
  


Pemilikan sumber Ø Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh individu. Ø Sumber ekonomi digunakan oleh firma untuk mengeluarkan barangan. Ø Individu bebas mencari kekayaan semaksimum yang boleh serta memenuhi kepuasan mereka. • Matlamat pengeluaran Ø Firma mempunyai matlamat memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan masyarakat. • Peranan mekanisme harga Ø Harga di pasaran ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga. Ø Pengeluar akan mengeluarkan barangan yang secara relatif lebih untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Ø Pengguna pula akan membeli barang secara relatif lebih untuk memperolehi utiliti maksimum.

Persaingan Ø Individu bebas bersaing antara satu sama lain. Ø Pengeluar juga bebas bersaing dalam teknik pengeluaran. Ø Dengan wujudnya persaingan, barang dan perkhidmatan dikeluarkan adalah lebih berkualiti dan mempunyai harga berpatutan. • Keagungan pengguna dalam pasaran Ø Pengguna dianggap sebagai ‘raja’ dalam pasaran. Ø Ini kerana corak peruntukan sumber-sumber ekonomi ditentukan oleh bentuk permintaan pengguna. Ini bermakna pengeluar akan mengeluarkan keluarannya dengan berpandukan kepada permintaan pengguna. Ø Pengeluar hanya akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan sahaja supaya dapat menjamin keuntungan. Oleh itu, kejayaan pengeluar dan kejayaan pasaran adalah bergantung kepada pengguna.

SISTEM EKONOMI SOSIALIS • Sistem ekonomi ekonomi sosialis atau juga dikenali sebagai sistem perancangan pusat. • Sistem ekonomi ini diamalkan bagi mengelakkan masalah- masalah timbul daripada sistem ekonomi pasaran bebas. • Kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab dalam memutuskan persoalan masalah asas ekonomi. Oleh itu, kerajaan terlibat secara langsung dalam merancang dan mengawal kegiatan ekonomi. • Dalam sistem ekonomi ini juga, kerajaan memiliki kuasa penuh dalam faktor pengeluaran atau sumber ekonomi, manakala rakyat atau individu tidak diberi kebebasan untuk memilikinya.
Campur Tangan Kerajaan Dalam Ekonomi. Dalam sistem ekonomi sosialis ini kerajaan campur tangan sepenuhnya dalam ekonomi melalui badan perancang ekonomi. Badan ini berfungsi dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Badan ini juga akan menentukan apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan. Selain itu, badan ini juga menentukan cara atau kaedah untuk mengeluarkan barang dan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada masyarakat supaya matlamatnya tercapai. • Hak Milik Negara. Hak milik negara bermaksud, segala faktor-faktor pengeluaran dalam negara adalah dimiliki sepenuhnya oleh pemerintah. Ini bererti, individu atau firma dalam negara itu tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta persendirian. Individu juga tidak ada kebebasan dalam soal ekonomi, misalnya individu tiada hak untuk memilih pekerjaan.

 Ini bermakna, semua individu akan bekerja dengan kerajaan untuk mengeluarkan barang. Manakala, kerajaan pula akan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada semua rakyat dan rakyat tidak mempunyai hak untuk memilih barang yang disukai. tiada motif keuntungan. • Kebajikan Masyarakat dan Bukannya Keuntungan. Tanggungjawab kerajaan adalah untuk menguruskan ekonomi negara secara adil dan saksama dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan. Perancangan di peringkat pusat akan menentukan projek ekonomi yang akan dijalankan. Projek-projek yang dirancang akan menyumbangkan kebajikan kepada rakyat dan masyarakat.

SISTEM EKONOMI KOMUNIS • Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan secara langsung dasar pasaran bebas. • Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan. • Rakyat dan syarikat swasta tidak dibenarkan langsung menguasai sumber-sumber negara. • Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat mengikut kehendak kerajaan. • Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara Afrika. • Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara atas kehendak rakyatnya sendiri. Ideologi semata-mata • Dijadikan sebagai alat kekuassaan • Prinsip utama adalah semuanya milik rakyat dan dikuasai oleh negara untuk kemakmuran rakyat secara saksama. • Komunisme juga disebut sebagai anti liberalisme. • komunisme melampaui agama. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 11

SISTEM EKONOMI CAMPURAN • Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat. • Sistem ekonomi ini menggunakan mekanisme pasaran serta membenarkan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi. • Campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan mekanisme pasaran. • Masalah asas ekonomi campuran diselesaikan secara bersama oleh kerajaan dan pihak swasta. Walau bagaimanpun, kuasa permintaan dan penawaran masih dipengaruhi oleh mekanisme pasaran. • Individu dan firma dalam ekonomi campuran mempunyai kebebasan untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran. • Sistem ekonomi campuran bermotifkan untuk memaksimumkan keuntungan tetapi kerajaan akan memastikan kegiatan firma tidak menjejaskan kepentingan pengguna dan faktor-faktor pengeluaran.


Krisis Ekonomi Paling Teruk Dalam Sejarah Dunia

Hubungan sesebuah negara dengan negara terhubung melalui pelbagai cara antaranya pasaran mata wang, hubungan perdagangan dan aliran modal. Kemunculan syarikat multinasional juga mengeratkan lagi hubungan antarabangsa antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
Oleh itu, apabila berlaku krisis ekonomi pada sesuatu negara, kebiasaannya ia akan cepat merebak ke negara berdekatan kerana didorong oleh faktor spekulasi dan ketakutan para pelabur. Dalam sejarah, krisis ekonomi dunia sudah banyak kali berlaku dan Malaysia juga tidak dapat lari daripada terkena tempias krisis ekonomi dunia ini.

Kali ini, kami ingin berkongsi senarai  krisis ekonomi dunia paling teruk yang pernah terjadi. Krisis ekonomi paling terbaru berlaku pada tahun 2007 - 2008 dan terdapat sesetengah pihak beranggapan krisis ekonomi dunia adalah fenomena biasa yang akan berlaku setiap 10 tahun. Adakah dakwaan ini benar?

 




 Krisis Kredit 1777.
Antara krisis ekonomi terawal dalam sejarah. Krisis ini bermula di London sebelum merebak dengan cepat ke negara-negara Eropah yang lain. Pada tahun 1960-an, Empayar British telah mengaut begitu banyak kekayaan hasil daripada penjajahan di beberapa buat negara dan juga daripada hasil perdagangan. Situasi ini menyebabkan situasi optimistik dimana bank-bank lebih mudah memberikan pinjaman kredit.
Krisis bermula apabila pada Jun 1777 apabila Alexander Fordyce, iaitu salah seorang rakan kongsi bank utama di British telah melarikan diri ke Perancis kerana mahu mengelakkan diri daripada pembayaran hutang. Situasi ini menyebabkan situasi panik di England dimana ramai pendeposit telah bertindak mengeluarkan simpanan mereka daripada bank, menyebabkan kekurangan wang tunai. Krisis ini kemudiannya merebak ke Scotland, Belanda dan beberapa negara Eropah.



 Great Depression 1929 – 1939.
Great Depression yang berlaku antara 1929 - 1939 tanpa syak lagi merupakan krisis ekonomi dan kewangan paling teruk di abad ke 20. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Great Depression, sila baca artikel  Great Depression : Kemelesatan Ekonomi Paling Teruk Dalam Sejarah.


Ramai pihak beranggapan ianya berpunca daripada kejatuhan pasaran Wall Street pada tahun 1929 dan juga kesilapan kerajaan Amerika Syarikat dalam membuat polisi dasar ekonomi. Krisis ekonomi ini terjadi dalam tempoh 10 tahun lamanya dan menyebabkan kehilangan pendapatan yang banyak dan peningkatan kadar pengangguran terutamanya di negara-negara maju. Ketika kemuncak krisis ini pada 1933, kadar pengangguran di Amerika Syarikat mencecah 25%.


Krisis Ekonomi Asia 1997.
Krisis ekonomi pada tahun 1997 bermula daripada Thailand sebelum merebak ke negara-negara Asia berhampiran seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Korea Selatan. Spekulasi aliran modal daripada negara-negara maju ke negara AsiaTenggara telah mencetuskan era optimistik yang mengakibatkan pertambahan pemberian kredit secara drastik dan terlalu banyak pengumpulan hutang.
Pada bulan Julai 1997, kerajaan Thailand terpaksa menukar kadar pertukaran tetap wang terhadap Dollar Amerika Syarikat yang sudah lama dikekalkan akibat kekurangan sumber mata wang asing. Keadaan ini menyebabkan situasi panik dalam pasaran kewangan Asia seterusnya menyebabkan pelabur asing menarik kembali pelaburan mereka di negara-negara Asia.

Keruntuhan lehman brothers.



 Krisis ekonomi 2007 – 2008.
Kemelesetan ekonomi pada tahun 2007 - 2008 dikatakan krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah semenjak zaman Great Depresssion. Krisis ekonomi pada ketika ini telah menyebabkan kekacauan di pasaran kewangan di seluruh dunia . Ianya bermula apabila pasaran harga rumah jatuh mendadak di pasaran Amerika Syarikat, menyebabkan keruntuhan institusi Lehman Brothers, iaitu sebuah bank pelaburan terbesar di dunia.
Keruntuhan Lehman Brothers menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat terpaksa memberikan bailout, iaitu bantuan kewangan untuk mengelakkan institusi kewangan ini daripada runtuh. 

Akibatnya, kerajaan terpaksa mengurangkan import daripada negara luar dan hasil eksport juga terkesan. Akibat dari tindakan Amerika Syarikat ini, GDP negara juga terkesan termasuklah segala instrumen kewangan yang mempunyai kaitan dengannya.
Kesan daripada krisis ekonomi ini, pemberian kredit oleh bank menjadi sukar, keyakinan pelabur makin berkurangan dan pengangguran meningkat dengan mendadak sekali. Ianya mengambil masa hampir 10 tahun lamanya untuk keadaan kembali kepada sediakala.
Ini hanyalah sebahagian dari penerangan ringkas  dan contoh kelemahan yang ada pada  sistem ekonomi yang ada pada hari ini .

Hampir kesemua sistem ekonomi  selain dari  ekonomi berasakan Islam ternyata mempunyai pelbagai kelemahan serta kepincangan yang hanya menanti masa untuk mengalami keruntuhan dan akan menjadi bencana kepada seluruh masyarakat  sebagaimana yang telah terjadi sebelum ini , didalam skala keruntuhan yang berkali ganda lebih dahsyat dari apa yang telah terjadi sebelum ini. Adakah kita semua telah bersedia untuk menghadapi semua ini dan apakah persediaan kita untuk menghadapinya. IsyaAllah hanya sistem ekonomi berasaskan Islam sahaja yang akan dapat menyelamatkan kita dari bencana ekonomi ini.
Sebagai manusia biasa, kita juga perlu menerima hakikat kitaran alam yang telah ditentukan Tuhan. Ada ketika berada di atas dan pastinya akan turun semula kebawah. Ada kala menguntungkan dan ada masa merugikan pula. Ini semua adalah bukti kekuasaan dan ketentuan Allah S.W.T bagi mereka yang berfikir.
Sebesar dan sehebat mana pun kuasa dan empayar dunia apabila tiba masanya ianya akan runtuh tanpa ada sesiapa pun akan dapat menghalangnya sebagaimana yang telah berlaku terhadap pelbagai kuasa dan empayar sebelum ini sejak ribuan tahun lagi. Kehormatan bukanlah boleh dirayu ,tetapi ianya akan datang dengan sendiri apabila ada kekuatan  serta kuasa.

Matlamat group ini ditubuhkan adalah untuk  meyusun serta membentuk rangkaian diantara pengguna dengan peruncit , pemborong serta pengeluar  yang dapat menjamin pasaran yang tetap serta teratur .Dengan adanya sumber permintaan , pasaran serta pengeluaran secara tetap , golongan peniaga tidak perlu lagi bergantung kepada nasib semata -mata serta mampu untuk berhadapan dengan apa juga cabaran serta persaingan dimasa akan datang.Ahli group juga lebih mudah membantu diantara satu sama lain jika ada sesiapa yang menghadapi apa -apa masalah. Sebab itulah perlunya kita bergabung membentuk sebuah sistem pengurusan dan pentadbiran dikalangan ahli group untuk memastikan  apa saja keperluan dikalangan ahli group dapat diuruskan sebaik mungkin.  

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !